Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nantikan episode .. epilog hidup anggerik impian ... yang penuh suka dan duka ...cinta.. kasih sayang.. kesetiaan dan emosi.. tangisan dan airmata... silih berganti.. membawa kepada anda seribu impian... sejuta kenangan dalam memori...

Bermula Episod Duka

Bila Anggerik Berbicara…(episode 3)





Bermula Episod Duka…………

Hujan umpama mutiara setiap titisan membawa seribu pengertian harapan dan impian mutiara yang terurai pasti berharga dalam setiap hidup insan mutiara yang tersembunyi pasti tersimpan sejuta rahsia yang bermakna kepada siempunya


Mutiara…
Kau tersimpan jauh nun disana hidup tenang didasar lautan yang penuh dengan seribu misteri setia ditemani arus dan gelora dikelilingi bebatu karang yang sentiasa menari mengikut alunan bayu dan ombak tersembunyi didalam dunia yang serba hitam namum kau megah tetap tersenyum bangga bahawa kaulah    … “MUTIARA”…


Anggerik……
Mampukah kau menjadi MUTIARA tersenyum dihempas gelora tenang menongkah arus melawan gelombang gagah menerjah warna-warna hitam.  Menerima  takdir sebagai nadi kekuatan dalam mengharungi arus kehidupan walaupun didalam erti kata keterpaksaan..!! tiada duka tiada senggara masih mampu memancar cahaya menjadi koleksi perhiasan manusia sungguh hebat dikau MUTIARA”…   


ANGGERIK...!!!
Kau masih disana??.. masih ada mutiara yang gugur dipipimu??... masih tidak dapat menerima ketentuanNYA??... masih menyalahkan takdir yang kau sandarkan dengan keterpaksaan”…
Kau lupa Anggerik!!... Bermula Episod Duka hidupmu kerana ayat azimatmu itu KETERPAKSAAN!!!...
Semua yang berlaku...  semua takdir yang tertulis kau sambut dengan erti kata keterpaksaan... !! Aku jadi hairan... sepanjang takdir mu hanya kerana terpaksa...?? Dusta..!! hanya satu alasan!! Kau cuba membohongi dirimu sendiri!! Hakikatnya aku tahu kau berdusta…….!!

Masih kau ingat wahai Anggerik Dizaman remajamu.. kau lupa akan penciptamu, apatah lagi ibu dan ayahmu dan semasa kau hanyut  diarus dosa dan lupa akan pahala...!! lemas didalam pelukan lelaki durjana mabuk dalam khayalan cinta si pendusta... berkiblatkan kemewahan dunia..!! mencari syurga yang sengaja dicipta dengan tembok-tembok dosa..!! aahhh..!! Anggerik!! Sedarlah Anggerik..!!

Adakah itu juga kerana KETERPAKSAAN...??  sengaja menyalahkan takdir tuhan..?? memang kita yang bernama manusia... senang menyalahkan takdir sedangkan hidup ini penuh dengan pilihan... SYURGA DAN NERAKA... semua ada disana ada bersama amalan kita…… terpulanglah kepada kita untuk memilihnya

ANGGERIK!!!...

Engkaukah itu?...  sepi tanpa sepatah kata..!! masih menangis lagi...!! marahkah kau padaku..?? Aku tahu kau teringat peristiwa itu... dimana kau dipersimpangan  cinta dan airmata...  bagimu... “cinta abadi selamanya”kononnya cinta adalah segala-galanya... cinta dizaman remaja paling bahagia...  tetapi akhirnya kau tewas jua...  cinta bertukar menjadi sejarah dosa... !!... Disaat itulah Anggerik... kau jauhi pahala... kau  buang ibu yang melahirkan dan  menyayangimu...!!  ..pada zahirnya ibumu ketawa tetapi dihatinya hanya ada duka..  kau tega menderhaka kerana cinta sidurnaja lelaki yang kau puja tetapi hanya memalit sejarah hitam dalam memori hidupmu  aku simpati  simpati  Anggerik simpati pada nasibmu  simpati pada aib dan derita yang ditanggung ibumu  kerana aku juga seorang ibu...  dan kau kini juga dipanggil ibu... kerana itulah kau menyesali apa yang berlaku lantas kau kaburi dengan ayat azimatmu..... keterpaksaan!! 

Masih kau ingat lagi?? Sewaktu kakimu melangkah ke dalam syurga durjana itu kau hanyut dalam pelukan lelaki  kau hanyut dalam alunan lagu mimpi  setiap malam kau kesana kononnya mencari hiburan dan ketenangan abadi!!   tetapi akhirnya!!  kau hanyut dan terus hanyut diwaktu itu aku cuba menyeru memanggil namamu tetapi kau hanya berpaling dan berlalu pergi bila ku cuba menggapai tanganmu kau hanya diam dan terus berlari!!

Anggerik!!  betapa hancurnya hatiku ketika itu  aku hanya mampu melihat dari jauh akan keangkuhanmu!!  hanya satu doaku agar ALLAH memberi hidayah kepadamu..!!   memberimu peluang kembali kejalanNYA sebelum ajalmu aku berharap kau menjalani kehidupan yang suci seperti dulu!!

   Anggerik…… 

Aku rindu akan senyum tawamu  gurau sendamu yang dahulu  tapi kini kau hanya  menangis dan terus menangis menangisi masa silam mu  menjadikan aku sentiasa terbayang sewaktu kau terkapai-kapai hanyut dalam dunia ciptaanmu  dan aku hanya mampu melihatmu dari jauh kerana semakin dekat aku cupa hampiri  kau semakin jauh berlari  pergi meninggalkan aku!!   Maafkan aku Anggerik..!!  andai aku boleh memutar waktu pasti akan ku putar waktu itu berusaha menarikmu kedalam pelukanku

Waktu itu tanpa aku sedari wahai anggerik kau pergi selangkah lagi  kau pergi jauh dari pandangan mataku  katamu kau pergi mencari rezeki  tepinga-pinga aku dengan alasanmu itu omongan apa yang kau cipta sekali ini  usia mu hanya belasan tahun dan kau pergi tanpa menamatkan zaman persekolahanmu  ANGGERIK!!!  Kembalilah!!  sedarlah!!  Kau sedang menghancurkan rentetan sejarah hidupmu sendiri.  sekali ini aku menjerit memanggil namamu  namun kau tidak menoleh lagi dan kau terus pergi dan pergi!!!  Nekadmu sekeras hatimu!!


          ANGGERIK

Kau tahu..  aku sentiasa merasa bersalah kerana membiarkan kau pergi  aku menyesal kerana melepaskanmu  kau tahu Anggerik  ibumu sentiasa mencarimu  sentiasa menangisimu  baginya dunia tiada bererti semenjak kau pergi   kau kejam!!    kau zalim!!   kasihan ibumu  hidup bagai mayat yang bernyawa  tiada lagi perasaan dan hati  hanya ada duka dan airmata!!

Maafkan aku ANGGERIK  andai aku menyingkap masa silam mu  tetapi percayalah wahai ANGGERIK temanku  ini semua untuk mengubati hatimu jua


ANGGERIK

Aku terpaksa berundur disini  aku berjanji pasti  aku akan datang lagi menjengukmu membelai rambutmu  menemanimu meniti sisa-sisa hari   menulis lagi untuk memenuhi ruangan ini   Pasti!!!  Pasti!!  wahai ANGGERIK!!  pasti aku akan datang lagi disisimu  pasti menemanimu  memimpin tanganmu bergandingan berjalan kesana!!     Kejalan Bahagia!!

Selamat malam Anggerik  temanku………

                                                                                                                               
 
                            …Anggerik Impian....


1 comment: