Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nantikan episode .. epilog hidup anggerik impian ... yang penuh suka dan duka ...cinta.. kasih sayang.. kesetiaan dan emosi.. tangisan dan airmata... silih berganti.. membawa kepada anda seribu impian... sejuta kenangan dalam memori...

Warkah Untukmu.....

               
   



              



Bila Anggerik menyepi... mentari jua bersembunyi… tiada suara reriang menyanyi.. tiada dingin sang embun pagi..  tiada bayu menyapa.. tiada suara sang kumbang berbicara.. tiada warna-warna ria… dan aku disini masih berdiri menanti senyuman sang mentari.. entah esok.. entah lusa.. entah bila sang bayu kan menyapa... adakah esok sang mentari kan tersenyum dengan sirnanya??..  apakah hanya sang rambulan kan bercahaya..??
Anggerik.. temanku..
Seperti hari itu.. aku sepi tanpamu.. hingga ke hari ini.. aku gagal mencarimu.. resah hati ini mengingatkan dirimu.. kemanakah kau wahai Anggerik??.. hilangmu memberi seribu noktah gelora dihati..  pulanglah Anggerik..!! pulanglah.. aku menantimu.. disini.. ya!!.. disini.. aku kan tetap menanti.. ku hadiahkan sebuah monolog untukmu..  khas buatmu..!!..
                                                       
     
                                                        DIARI  SEPI  SEORANG LELAKI…
Aku melewati sisa kehidupan senja..hanya mendekati malam yang hampir tiba.. dalam usia sebegini aku bersyukur kepadanya kerana memberi aku kudrat untuk bernafas.. membuka mata kala mentari menampakkan sirnanya.. aku bahagia ditemani isteri tercinta.. ya!!..Insyirah... dia isteri yang aku cintai..
Terima kasih Insyirah.. kerana melahirkan 3 permata hatiku.. Firdaussi.. Dahlia dan Ammar.. mereka semua sempurna dan aku bersyukur kepadanNya kerana semua permata hati kita ada disana.. dipuncak kejayaan.. tapi sayang.. kau hanya dapat melihat mereka dari jauh.. tanpa sepatah kata.. tanpa sentuhan kasih seorang ibu.. tanpa suara tawa ria.. hanya titisan airmata isyarat bicara.. kau hanya mampu tersenyum dihujung sana.. kaku disudut itu..!!

Insyirah…sayangku
Takdir bermula selepas kau melahirkan Ammar.. permata bungsu kita.. tiba-tiba kau rebah.. kakimu lumpuh kaku tidak bermaya.. suaramu jua tidak mampu didengari lagi.. hanya senyum dan raut kesedihan bisa terukir diwajahmu.. deritamu.. deritaku jua.. maafkan aku Insyirah.. hingga kini sudah 18 tahun berlalu.. namun kau tetap tidak berubah.. masih begitu.. kau tetap kaku disudut itu.. maafkan aku..!!  kerana gagal mencari penawar buatmu… maafkan aku Insyirah.. Sayangku..!!
Tahun-tahun yang berlalu.. sedikit pun tidak menggugat cintaku padamu.. malah kerana cintamu.. aku semakin kuat menghadapi takdir ini bersamamu.. aku bersyukur padaNya kerana memberi aku kudrat untuk menyintaimu.. menjagamu.. membelaimu.. dengan tanganku sendiri..  tanpa jemu.. aku menjagamu saban hari sehingga aku tidak sedar begitu cepat masa berlalu.. ketiga-tiga permata hati kita semuanya sudah ada kehidupan mereka sendiri dan bertemu dengan cinta sejati mereka.. persis seperti aku.. terima kasih Insyirah.. kerana kau melengkapkan hidup kami.. itulah hadiah yang tidak ternilai yang mampu kuungkap buat kau yang aku cintai dari dulu hingga keakhir hayatku..

Hari itu.. aku menangis.. menangis lagi sambil memelukmu.. Insyirah..!! dugaan apa lagi yang harus aku tempuh.. walaupun kau hanya diam dan kaku dalam pelukanku.. tetapi aku tahu.. kau mendengar rintihanku..  sampai hati..!! sampai hati Firdauss bersuara menyuruhku mencari kebahagian yang baru.. ya..Insyirah!!.. dia menyuruhku berkahwin lagi.. dengan alasan untuk melihatku merasai kebahagiaan.. permata hati kita mahu menjagamu.. mereka mahu merampasmu dariku… mereka menyuruh aku meninggalkanmu..!! tidak Insyirah!! tidak!!.. aku tidak mahu berpisah denganmu.. bukan sekali ini permintaan mereka.. tetapi ini permintaan mereka buat kali ketiga..!! tidak Insyirah!!.. aku tidak akan menduakanmu hingga ke nafasku yang terakhir..!! Kudakap isteriku sekuat hatiku… kubiarkan airmataku jatuh berguguran...  kubiar esak tangisku kuat kedengaran..  biar-biar..!!  biar semua tahu.. mereka telah menghancurkan hatiku.. mereka hanya mengocak tasik cintaku.. yang selama ini ku jaga dan kutanam dengan kuntuman kiambang yang semakin mekar..!! ya Allah!!.. berilah aku kekuatan untuk terus bertahan.. demi memperjuangkan cintaku kepada wanita yang ku nikahi lebih 25 tahun lalu..!!  ya..!! Insyirah…!! cintaku padamu hingga kehujung nyawa...!! aku pasti..!! pasti..!!

Buat permata hatiku..dengarlah suara hatiku ini…
Anak-anak ku.. ikatan perkahwinan ini termateri lahir dari cinta dua jiwa yang suci.. Sebuah perjanjian makhluk Allah antara dua jiwa untuk hidup bersama dalam duka dan derita.. jika hidup didunia ini hanya kerana nafsu.. mungkin aku akan berkahwin buat kali kedua.. tetapi ketahuilah selagi ibumu berada disampingku.. sudah cukup memadai buatku.. kalian lahir didunia kerana tulus cinta kami.. ibumu bersusah payah mengandungkan dan melahirkanmu.. dan pada masa yang sama dia juga melunaskan tuntutan hidupnya sebagai seorang isteri dengan ikhlas sekali.. hanya dialah isteri yang mendampingiku selama ini... sewaktu dia sihat.. dia juga merawatku semasa aku sakit.. Mencintaiku sepenuh hati.. zahir dan batin..!! dan dia juga memberikan aku hadiah yang tidak ternilai iaitu kamu..!!  kamu semua permata hatiku..!!

Permata hatiku…
Dengarlah… jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah “ CINTA “ tetapi dia tidak menyintainya kerana Allah.. maka semua perasaan itu akan luntur... sekarang ibu kalian sakit.. menghadapi dugaan dan pengorbanannya itu untuk diriku… kerana Allah.. Ya..!! inilah dugaan terbesar buatku.. dugaan yang ku terima dengan redha hanya kerana Allah..!! dan aku jua bangga kerana dapat membesarkan kalian permata hatiku dengan sepenuh hati ini.. seperti mana ibumu inginkan..!!  kamu menginginkan.. aku bahagia.. apakah batinku akan bahagia dengan meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang..??  kebahagiaan apakah yang kamu maksudkan..??..  meninggalkan insan yang paling aku cintai seumur hidupku.. meninggalkan ibumu menderita tanpa belaian dari seorang suami.. itukah yang kamu maksudkan “kebahagiaan”..?? fikirlah..!!

Andaikata ibumu sihat pun belum tentu aku mencari penggantinya.. apatah lagi sekarang dia menderita..  saban malam aku bersujud dan menangis.. memohon kepada Allah supaya meringankan penderitaan ibumu.. dan aku yakin.. hanya Allah tempat memohon hidayah.. dan mengadu segala rahsia dihati ini.. kerana hanya Allah yang maha mengerti..!! bahawa tasik cintaku ini tidak bertepi.. cintaku tulus dari hati.. dan aku pasti walaupun Insyirah tiada kudrat untuk berkata-kata dia jua sama sepertiku… cintanya hanya untuk aku…!!

Kala itu jua.. Insyirah yang mungkin mendengar kata-kataku ini.. berguguran mutiara jernih kepipinya.. kurenung kedalam matanya.. kuungkapkan cinta buatnya.. sekali lagi dia kudakap sekuat hati…  dan …  aku bangga menjadi suami yang setia dan tidak hanya tunduk pada tuntutan nafsu..!!  semoga kekuatan ini berkekalan sehingga keakhir hayat.. ya Allah..!! ku mohon berikan ku kekuatan untuk aku mempertahankan cinta suciku ini..!! ya..Insyirah..!! aku berjanji cintaku hanya untukmu hingga kehujung nyawa..!!

Buat isteriku….
Aku rela andai diari hidupku hanya ada catatan duka.. aku rela hanya bertemankan derita.. asalkan aku sentiasa bersamamu.. menghabiskan sisa-sisa hidupku ini..
Ya.. aku.. aku yang sentiasa menyintaimu.. hanya kau!!.. kau dihatiku.. Insyirah..!! kekasihku..



Anggerik..temanku
Andai kau percaya pada kekuatan cinta.. pasti kau sedar cinta pada Allah adalah segala-galanya.. jika kau ikhlas menyintai Allah.. disegenap penjuru hatimu.. pasti Allah akan berikan kau jalan untuk menyintai orang lain dengan tulus dan ikhlas.. jika kau percaya pada cinta Allah..!! pasti akan ada orang lain menyintaimu sepenuh hatinya.. ya dia..  dia yang kau panggil kekasih…
Kala ini.. airmataku juga gugur seiring dengan noktah cinta ini.. kerana aku jua menyintai dan dicintai.. salam sayang buatmu Anggerik.. semoga kau jua bertemu CINTA ABADI..!                                             




                                        Anggerik Impian
                                   

2 comments:

  1. Kepada teman-teman yang sudi singgah dilelaman ini... terima kasih atas segalanya..hanya tulisan ini yang dapat kuhadiahkan buat semua.. doakan semoga anggerik impian dapat menulis dan menulis lagi kerana disini dapat kuluahkan resah gelora dihati ini... salam sayang buat semua....

    ReplyDelete
  2. tersentuh bile membaca nya

    Jom Join Says.My untuk tutorial gambar sila add Facebook aku
    Selepas Join, share kempen yang ada ya^^

    ReplyDelete