Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nantikan episode .. epilog hidup anggerik impian ... yang penuh suka dan duka ...cinta.. kasih sayang.. kesetiaan dan emosi.. tangisan dan airmata... silih berganti.. membawa kepada anda seribu impian... sejuta kenangan dalam memori...

Anggerik Menangis Lagi....


Bila Anggerik Berbicara…(ep..2)

 
             Anggerik Menangis Lagi.......

Hari ini…anggerik menangis lagi……rentetan luka yang masih bersisa…duka yang masih berbaki……hari demi hari anggerik masih lagi menyepi……dimana hilangnya pelangi……dimana suara reriang yang selalu menyanyi……dimana belaian embun pagi……dimana senyum sang mentari……mengapa anggerik begitu sepi……masihkah anggerik merawat luka dihati …??
Entah mengapa hari ini……terasa bagaikan hilang ditelan arus masa……tenggelam didalam lautan rindu……sesat diantara persimpangan kasih……aku hanyut didalam gelora……aahhh!!!! MASA…!!!!   bila aku berbicara soal masa……aku mula terasa hiba…menyesali masa yang berlalu…seakan tangan ku cuba untuk mengutip sisa waktu……sepantas juga masa meninggalkan aku…… 
 MASA…!!! ………WAKTU…!!!!! …… tunggulah aku!!!!!.......


Anggerik……
Masih ingatkah waktu itu…semasa zaman remajaku…ada kalanya aku sering tertanya…Mengapa aku begitu sepi…!!! …Mengapa aku disini ? …Mengapa aku begini ? Mengapa aku yang selalu tersisih dari hidupku sendiri …?? entah berapa banyak lagi persoalan …MENGAPA!! … yang aku kumpulkan kini menjadi koleksi mindaku … dan hingga kini … tidak pernah dapat aku rungkaikan……masih menjadi misteri seumur hidupku……
Biarlah……ANGGERIK……biarlah…usah kau ungkap soal MASA… yang telah berlalu…aku tahu… nun jauh disanubarimu kau menyesali masamu yang dahulu……Dulu kau selalu alpa…wahai teman…kau alpa dengan penciptamu…kau angkuh dengan duniamu……kau lupa siapa yang melahirkanmu……kau hanyut dalam gelora zaman remajamu……sehingga satu masa…kau hampir lupakan aku……kau hilang dengan dunia ciptaanmu,,……!!  Cukup…!! cukuplah …ANGGERIK………lupakan…!!!! Biarkan…!!! Biarlah semua itu menjadi dosa semalam yang engkau sesali dan kau sulami dengan taubatan dihati…!!!!

Sesalan…??……Benar katamu wahai…Anggerik…!! … andai kita asyik mengutip waktu… hanya sesalan yang mewarnai hidup ini… hanya warna hitam yang menyusuli setiap atur langkahmu …… tetapi Anggerik…!!! …usah kau terpedaya dengan warna jingga…… warna yang terang… tetapi pasti akan luntur jua di telan masa…      

ANGGERIK…
Hidup kita masih panjang… perjalanan ini masih jauh… aku tahu… kau sendiri tak pasti destinasi sebenarmu…… dimanakah persinggahanmu…… apakah tujuanmu…… siapa yang kau cari……apa yang kau nanti… ……benarkan…!!! …kataku…!!! … lakaran hidup mu penuh dengan noktah-noktah hitam……bertopengkan kebahagiaan……tetapi hakikatnya……hidupmu diwarnai warna-warna suram…… TABAHLAH…!!! …SABARLAH…!!! …   WAHAI… ANGGERIK……

Pujuklah…!!! Pujuklah…!!! …ANGGERIK… jangan berhenti memujuk hatimu……seperti aku yang sering memujuk hati yang lara…… hati yang sering menangis sendiri…… merelakan air mata menjadi teman dikala sepi…… AIRMATA…!!! … maafkan aku!!!… …dalam keterpaksaan kau mendampingi aku…… menemani aku saban hari …… dalam keterpaksaan jua… aku sampai disini……  dan kerana keterpaksaan juga… aku menghabiskan sisa-sisa hari… datang jua pergi…!! …

ANGGERIK…!!! …
Berilah aku semangat untuk meneruskan hidup ini……beri aku kekuatan untuk terus berbakti kepada insan-insan yang aku sayangi……beri aku noktah untuk terus mencintai dan dicintai…… seperti mana dulu… kau sering memberi……cebisan-cebisan harapan bersama segunung impian untuk mencari makna kebahagiaan………

ANGGERIK…!!! …
Tunggu…!!! … nantikan lah aku disana……Pasti…!! … pasti aku akan menyusul mu ke jalan bahagia ……
 

 ………… anggerik impian ……………

1 comment:

  1. ANGGERIK....ingin sekali aku menatap wajahmu...membelai rambutmu dalam dakapan ku...

    ReplyDelete