Nantikan episode .. epilog hidup anggerik impian ... yang penuh suka dan duka ...cinta.. kasih sayang.. kesetiaan dan emosi.. tangisan dan airmata... silih berganti.. membawa kepada anda seribu impian... sejuta kenangan dalam memori...

Warkah Buat Anggerik....

Bila Anggerik Berbicara.... (episod 4)
     Warkah Buat Anggerik….
Salam sayang pembuka bicara….   buat Anggerik  temanku………….
Semalam aku kerumahmu…. sunyi.. sepi… berkali-kali aku memanggilmu tetapi hampa tiada jawapan… kemana kau wahai teman… merajukkah kau..!! …marahkah kau..!! ..atau kau sengaja tidak mahu bersua denganku..!!  tak mengapa wahai Anggerik..!! pergilah kemana kau mahu… pergilah..!! tenangkan hatimu..!!  Cuma aku… terasa rindu… rindu padamu…
Anggerik..!!
Tidak mengapa jika kau tiada.. tidak mengapa jika kita tidak dapat berbicara… ku utus warkah buatmu.. tentu kau gembira membaca warkah ku ini… kerana sudah lama kau tidak membaca bait-bait bicara dariku.. doaku walau kemana kau pergi… walau dimana kau berada… semoga kau berbahagia…!!
Anggerik… Temanku..
Aku ingin membawa kau ke suatu kisah..  tentang nasib seorang wanita… jika kau kata kau wanita malang yang hidup atas kehendak takdir…  kau salah wahai Anggerik… Nah..!!  bacalah..  renunglah bicaraku ini…
Anggerik…
Kubawakan luahan hati seorang wanita yang merampas kebahagiaan insan lain… ku harap cerita ini dapat merubat hati mu yang lara…


                
                 

              “Monolog Seorang Wanita  Bergelar Isteri”
Pernah kau cuba menyelami luluh luka hati seorang perempuan apabila kasih suci dicurangi oleh lelaki bernama suami?.. lelaki yang pernah menabur bunga-bunga harapan.. impian.. dan yang telah berjanji sehidup semati denganmu..?? Kalau aku dirinya..pasti hatiku jua tersiat berdarah walaupun yang merampas itu adalah aku..  ya aku…!!!   Disinilah bermula rentetan memori duka hidupku
Aku terlalu mencintai dia.. Faieqh..!!  lelaki pertama yang mengetuk pintu hatiku… lelaki pertama yang berani merenung mataku…  ya.!! dia cinta pertamaku… aku ikhlas menyintainya dan dia jua menyayangiku.. mungkin jua waktu itu aku terleka dengan syurga cintanya.. mungkin jua waktu itu aku terlalu mengejar bahagia.. aku relakan dia menerjah masuk kedalam ruang hatiku lalu malafazkan cinta.. walaupun aku tahu dia sudah beristeri… tapi aku rela menyambut cintanya.. memang benar cinta itu hak semua.. bahagia itu milik kita.. tetapi hakikatnya cinta Faieqh milik Miera.. isteri pertamanya..!! Wanita yang dinikahi dengan restu kedua ibubapa serta keluarganya.. wanita yang dinikahi atas dasar cinta.. wanita pertama yang menjadi suri hidupnya..

Salahkah aku.. berdosakah aku.. perampaskah aku..!! hanya kerana aku menyintai dia.. sedarlah cinta datang tanpa diundang.. cinta hadir tanpa dipaksa.. cinta datang tulus dari hati.. cintaku padanya tulus ikhlas dari hati ini...
Terima kasin ibu.. kerana restu sucimu.. Walaupun berat untuk ibu melepaskan aku.. walaupun ibu gusar aku perampas kasih sayang orang lain.. tetapi dia terpaksa akur dengan suratan jodohku… Entah dimana aku buang rasa sesalan.. dihatiku ini.. pada hari bersejarah itu aku lalui dengan tenang sekali.. dihati ku hanya ada dia yang telah melafazkan cinta.. mementerai janji.. sehidup semati… kejamkah aku..??
Namun segalanya tidak mampu menghapus segala gelodak perasaanku.. tidak mampu menutup gelora jiwaku.. Walaupun berkali kali Faieqh mengucapkan cinta..  katanya aku wanita yang punya murani yang sangat wangi.. aku jua wanita mulia kerana rela  berkongsi bahagia.. dan dia sungguh terharu kerana memilikiku..   Ahhh..!! Faieqh… kau sengaja memujuk ku… dengan seribu bait bicara berbunga..  sungguh pandai kau mengatur bicara..

Jauh disudut hatiku.. aku menolak pujian itu… Faieqh..!! jika benar cintaku tulus.. seharusnya aku mungkir pada janji bahagia.. kerana cinta yang terbina adalah cinta terlarang…. Andai nurani ku penuh wangi… tidak mungkin aku rela berenang dilautan kasih ini sehingga tergamak memijak bunga-bunga bahagia ditasik hati wanita lain yang bergelar isteri… Sesungguhnya aku perempuan berdosa… Berdosakah aku kerana menyintai lelaki ini..!!  Berdosakah aku bergelar isteri kedua..!!  ya Allah.. ampunkan dosaku..  jika aku sengaja menidakkan suratan takdir jodoh yang telah kau aturkan ini..!!
Bertahun tahun perkahwinan ini menjadi rahsia… entah kenapa Faieqh merahsiakanya.. selama inilah juga aku dihimpit rasa bersalah yang amat menggunung.. sesungguhnya aku rela menerima hukuman kerana merampas kasih insan lain… dan aku juga merasa terhukum dengan rentetan perjalanan hidupku… aku rela isteri pertama didahulukan.. aku rela diabaikan… aku rela ditinggalkan.. aku rela derita agar Miera isteri pertama Faieqh bahagia.. Sesungguhnya aku tidak mahu membina mahligai diatas titis air mata insan lain.. Aku tidak rela meneguk manis bahagia tetapi ada orang lain menderita…
Demi Allah... Tulus hatiku merelakan derita singgah didalam memori hidupku...  ikhlas hatiku membiarkan Faieqh  meninggalkan aku demi kepentingan isteri pertamanya… sehingga Qaseh.. buah cintaku… pandai bersuara “ kenapa papa pergi.. baru sekejap Qaseh peluk papa”… luluh hatiku mendengar bicara simanja… tetapi ku kuatkan jua hati ini kerana aku sedar siapa aku… hanya isteri kedua…  salahkan aku hanya kerana “aku isteri kedua”..??  ya Tuhan.. berapa lama lagi aku harus diuji..!!  pintaku.. kau kuatkanlah imanku..  tabahkanlah hatiku.. aku redha akan ketentuanmu..!!
Hari itu.. aku diuji lagi.. dengan ujian yang sungguh dasyat.. ya Allah..!! sesungguhnya kau maha berkuasa.. aku tidak bermaya melawan takdirmu.. rahsia perkahwinanku terbongkar.. Miera datang bersama keluarganya menyerangku.. aku tidak mampu untuk berkata-kata walaupun sepatah..!!  terpempam aku disudut itu.. hanya manik-manik jernih berguguran.. hanya esak tangisan yang kedengaran.. ya Allah..!!  ampunkan dosaku.. jika aku tersilap perhitungan dengan ikatan perkahwinan ini..  aku terpedaya dengan janji manis Faieqh..  aku tertipu dengan bait cintanya.. aku hanyut dalam alunan cinta dustanya… ya Karma..!!  aku percaya pada Karma..!! setiap perbuatan ada pembalasan..!! sesungguhnya aku juga tidak terlepas dari Karma Tuhan..!!  rupa-rupanya Faieqh telah menduakanku..!! dia bernikah lagi..!! 
Tiada apa lagi yang boleh aku katakan..  tiada apa yang dapat aku rasakan..  hatiku tersiat berdarah.. dan.. aku dapat merasakan perasaan Miera sekarang ini.. kerana aku juga senasib dengannya..  maafkan aku Miera..!! maafkan aku..!! ya Allah..!!  ampunkan dosaku..  andai aku boleh memutar waktu..  pasti aku pilih waktu itu.. pasti aku akan memilih persimpangan bahagia..  pasti aku tidak akan melukakan hati insan yang bernama Miera..!!  kerana aku jua wanita..
Buatmu Faieqh..  aku redha dengan apa yang berlaku..  aku bersyukur dengan ketentuan yang Allah berikan..  takdir ini lebih mendekatkan aku padaNya..  demi Qaseh.. buah cintaku… aku rela berkorban cinta…  bertemankan derita… bersenandung duka..  selamat datang air mata..!!

                         
                      
   Anggerik… temanku..
Aku pasti kau sedang menyeka air mata dipipimu.. walaupun kau menangis.. aku tahu kau sedang tersenyum.. membaca ceritaku ini.. Sedarlah Anggerik..!! bukan takdirmu sahaja yang bergelora.. seperti takdir Miera.. dan ramai perempuan diluar sana jua menderita ..  tetapi mereka tabah menerima ujian dariNya..  menginsafi kesilapan..  serta mencari makna taubat yang sebenarnya..   mereka jua tabah menghadapi ujian dariNya..  semoga kau lebih kuat dari mereka..!!
Cukup sampai disini warkah dariku kali ini… mungkin nanti aku akan kesana lagi.. mencarimu.. menemanimu.. menulis lagi.. mengisi ruangan ini..  izinkan aku pamit dahulu..  pasti aku akan bertemu lagi dilain kali…   salam sayang buat Anggerik…  temanku......


      ….Anggerik Impian…

4 comments:

  1. anggerik.... biarpun lautan bara...demi cintaku pasti kan ku rentas gelora itu...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya...buat semua teman-temanku...semoga kalian berada dipersimpangan bahagia...

    ReplyDelete
  3. mantap...... sedih bangettttttt

    ReplyDelete