Nantikan episode .. epilog hidup anggerik impian ... yang penuh suka dan duka ...cinta.. kasih sayang.. kesetiaan dan emosi.. tangisan dan airmata... silih berganti.. membawa kepada anda seribu impian... sejuta kenangan dalam memori...

Bila Anggerik Berbicara



Bila  Anggerik Berbicara…(ep..1)
Bila mentari tersenyum……anggerik berbunga cinta……bila bayu menyapa anggerik pula berlagu ria…bila sang bulan mengambang …anggerik lena diulit bahagia
Salam rindu diangin lalu… salam sayang pembuka bicara…
Buat semua teman-teman yang sudi berkongsi melayari lelaman ini…
Hari ini ……dan buat sekian kalinya…jari jemariku rancak menari menterjemah luahan hatiku yang telah lama ku simpan disatu sudut diruang hati… Menulis blog merupakan perkara asing bagi ku…tetapi menjadi penulis adalah impian ku… Impian yang aku simpan sejak dari dulu lagi…


 Anggerik…

Entah kenapa kau sentiasa dihati ku…dari dulu hingga kini…
kau sentiasa menemaniku dikala suka dan duka…dikala bahagia juga derita… masih ku ingat ketika aku dipersimpangan  antara cinta dan air mata……kau pujuk hatiku untuk menerima takdir seadanya……kau buka pintu hatiku untuk memilih persimpangan bahagia……  kau… Anggerik  dan hati ini…bersatu dalam kalbu…kadangkala disulami rindu……    
                           



                                Anggerik dan Sekeping Hati   
Hari ini anggerik menangis lagi…… ku cuba pujuk agar ia mengerti……Usah diikut resah dihati…  HATI!!!!...    Bila berbicara soal hati…anggerik sering menangis sendiri…
Wahai anggerik …… lupakanlah soal hati…terlalu banyak rahsia dihati ini…adakah rahsia hati bisa dikongsi……atau biar kusimpan tersisip rapi dalam lipatan memori…!!!
Anggerik…berhentilah menangis…!!!…usah kau buat luka yang masih kurawat ini berdarah kembali…Bertahun ku cuba merawat luka ini…tetapi kenapa hari ini kau wahai anggerik  mencarik semula luka dihati yang tak pernah sembuh… luka yang membawa seribu mimpi…… luka yang memberi seribu erti… luka yang sering bersembunyi disebalik memori…

Anggerik…andai aku boleh memutar waktu……pasti akan ku pilih waktu itu… dimana aku riang mengejar bebayang kasih…ketawa ria bersama kawanan rindu… tegak berdiri menanti bayu pagi menyapa… melambai lambai lembayung senja…… sambil berlari mengejar pelangi berwarna warni……  aah!!!...indahnya...

MEMORI…biarlah!!!!..biarlah…semua berlalu pergi…tidak tertanggung rasanya hati ini yang sarat dengan dengan derita dan kisah silam yang tak pernah dan tak bisa ku padam……sehingga kadang kala aku hanya mampu diam dan biarkan memori itu datang dan pergi silih berganti……………


Biarkan!!!……biarkan……………wahai Hati!!!....


ANGGERIK…!!!

Cukuplah…!! Hapuslah airmatamu………


Bila anggerik menangis……tiada suara reriang menyanyi……tiada embun menyapa diwaktu pagi………bayu seakan merajuk bersama sang mentari……dedaunan berhenti menari……sang kumbang… seperti merajuk tidak datang menyeri………SUNYI…!!!  SEPI……!!!
              
   ANGGERIK….!!!!!
Pujuklah……!!! pujuklah hatimu sendiri…!! seperti dulu kau memujuk ku memilih antara cinta dan airmata lalu kau berikan ku jalan bahagia…!!!
Pasti……pasti ada…!!!.....



                                    
 .........anggerik impian........

5 comments:

  1. Anggerik....aku tetap menantimu

    ReplyDelete
  2. arun...terima kasih atas penantianmu....

    ReplyDelete
  3. melayan jiwaa. duh -___-'' anggerik tetapkan hatimu. berhenti menangis yaa.

    ReplyDelete